Banjir buruk jejas ribuan rumah, bangunan di Seoul - Utusan Malaysia

Banjir buruk jejas ribuan rumah, bangunan di Seoul

PASUKAN penyelamat membersihkan serpihan di Pasar Namseong di wilayah Gangnam, Seoul. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan tujuh lagi hilang di sekitar Seoul selepas pusat bandar itu dilanda hujan lebat dalam tempoh lebih 100 tahun.

Memetik laporan Al Jazeera, Ibu pejabat Pengurusan Bencana dan Peraturan Keselamatan memaklumkan sekurang-kurangnya lima orang maut di Seoul manakala tiga di wilayah Gyeonggi dan seorang di wilayah Gangwon.

Jelas agensi itu, tujuh mangsa dilaporkan hilang dan 17 lagi mengalami kecederaan akibat bencana itu.

Hujan lebat terburuk yang melanda ibu negara Korea Selatan selama tiga hari menjejaskan sebanyak 2,676 rumah dan bangunan yang kebanyakannya terletak di Seoul.

Bencana itu turut mengakibatkan perkhidmatan kereta api dan kereta api bawah tanah dihentikan buat sementara waktu.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di seluruh Seoul dan beberapa wilayah berhampiran bandar itu.   

Sementara itu, Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA) memaklumkan taburan hujan terkumpul di Seoul pada malam Isnin merekodkan sebanyak 525 milimeter (mm).

Jelasnya, di daerah berhampiran, Yangpyeong, jumlah taburan hujan mencecah 532.5 mm.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya