Arab Saudi beli peluru berpandu RM13 bilion dari AS

Arab Saudi beli peluru berpandu RM13 bilion dari AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Negara meluluskan penjualan senjata kepada dua rakan kongsi utama Asia Barat bernilai lebih AS$5 bilion.

Arab Saudi akan membeli peluru berpandu Patriot bernilai AS$3.05 bilion (RM13 bilion) menerusi syarat perjanjian pertama.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula membeli peluru berpandu sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) bernilai AS$2.25 bilion.

Menurut Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (DSCA), perjanjian dengan Arab Saudi akan membantu menambah stok peluru berpandu Patriot yang semakin susut dan membekalkan 300 senjata baharu.

“Peluru berpandu itu akan digunakan untuk mempertahankan sempadan kerajaan Arab Saudi dari serangan peluru berpandu balistik di tempat awam serta infrastruktur penting di Arab Saudi,” katanya.

UAE akan menerima dua stesen kawalan pelancaran THAAD, dua stesen operasi taktikal THAAD dan 96 peluru berpandu di bawah perjanjian yang dicadangkan itu.

AS juga dalam proses kembali ke meja rundingan dengan Iran berhubung perjanjian nuklear 2015.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN