38 pendatang Syria diselamatkan - Utusan Malaysia

38 pendatang Syria diselamatkan

GAMBAR hiasan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Polis di Greece menyelamatkan 38 pendatang warga Syria yang terkandas selama beberapa hari di sebuah pulau kecil di sempadan sungai Evros.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media melaporkan seorang kanak-kanak meninggal dunia dalam kalangan kumpulan pendatang itu.

Namun, polis tidak mengesahkan laporan tersebut.

Menurut polis, kumpulan pendatang itu termasuk seorang wanita mengandung ditemukan kira-kira empat kilometer (km) dari lokasi yang pada mulanya diisytiharkan di luar wilayah Greece.

“Susulan maklumat baharu dan siasatan menyeluruh, kumpulan pendatang yang mendakwa merupakan warga Syria ditemukan. Mereka termasuk sembilan wanita dan tujuh kanak-kanak,” jelas kenyataan itu.

Menteri Migrasi, Notis Mitarachi berkata, pendatang itu ditemukan di atas bot kira-kira 4km dari pulau kecil di Turki.

Katanya, kumpulan pendatang itu berada dalam keadaan sihat dan wanita mengandung itu sudah dibawa ke hospital.

Sebelum ini, media melaporkan puluhan orang terkandas di pulau itu di sempadan utara dengan Turki selama beberapa hari dengan kedua-dua pihak tidak hadir untuk menyelamatkan mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya