22 tahun turun naik mahkamah, peguam menang kes harga tiket

22 tahun turun naik mahkamah, peguam menang kes harga tiket kereta api

TUGNATH CHATUVERDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang peguam berjaya memenangi kes tuntutan pembayaran harga tiket kereta api yang dicaj lebih mahal berbanding harga asal, selepas 22 tahun turun naik mahkamah. 

Lapor BBC, hakim memutuskan syarikat pengendali kereta api, North East Railway (Gorakhpur)  perlu membayar pampasan sebanyak 15,000 rupee (RM837) kepada Tungnath Chatuverdi, 66. 

Pihak syarikat juga diarahkan membayar RM1.10 dengan kadar faedah 12 peratus setahun dari 1999 hingga 2022 kepada lelaki itu. 

Bagaimanapun, Chatuverdi berkata, pampasan yang perlu dibayar syarikat itu tidak setimpal dengan penderitaan mental yang dialaminya. 

“Saya sudah menghadiri lebih 100 perbicaraan berkaitan kes ini. Anda tidak boleh meletakkan harga pada tenaga dan masa yang dikorbankan oleh saya dalam berdepan kes ini. 

“Ia bukan soal wang tetapi mengenai perjuangan menegakkan keadilan dan memerangi rasuah. Jadi, ia sangat berbaloi,” katanya.   

Tuntutan sejak 1999 itu dibuat selepas Chatuverdi dikenakan caj tambahan 10 rupee (RM1) bagi dua tiket kereta api dari Mathura ke Morbadad.

Chatuverdi membeli tiket tersebut di stesen kereta api Kantonmen Mathura di Uttar Pradesh. 

Difahamkan, harga sebenar tiket adalah 70 rupee (RM4) dan dia memberikan wang bernilai 100 rupee (RM5.50). 

Baki sepatutnya yang diterima adalah 30 rupee (RM1.50), namun, jurujual itu hanya memulangkan 10 rupee (50 sen) dan 20 rupee (RM1) selebihnya diambil. 

Lelaki itu kemudian bertanyakan tentang duit baki yang tidak mencukupi kerana caj berlebihan dikenakan, namun, permintaannya hanya sia-sia. 

Disebabkan itu, dia memutuskan untuk memfailkan sendiri kes terhadap syarikat kereta api itu serta melaporkan tindakan jurujual tersebut di Mahkamah Pengguna Mathura. 

Bagaimanapun, syarikat kereta api tersebut menolak kes itu atas alasan ia perlu dibawa ke tribunal kereta api dan bukan mahkamah pengguna. 

Tribunal kereta api merupakan badan separa kehakiman yang ditubuhkan bagi mnenangani tuntutan berkaitan perjalanan kereta api di India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya