13 penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis di Mexico - Utusan Malaysia

13 penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis di Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kira-kira 13 penjenayah bersenjata terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan pegawai polis Mexico di negeri tengah San Luis Potosi, lapor Bernama yang memetik agensi berita Russia, Sputnik.

“Akibat pertempuran itu, 13 suspek penjenayah terbunuh, dua lagi penyerang telah ditahan,” kata polis dalam satu kenyataan.

Operasi khas di majlis perbandaran itu bermula selepas polis menahan dua wanita yang memaklumkan mereka terbabit dalam pengebumian rahsia dan menunjukkan lokasi pengebumian itu kepada pegawai penguatkuasa undang-undang.

Semasa aktiviti mencari, pasukan petugas itu diserang lelaki bersenjata tidak dikenali yang cuba bersembunyi di dalam sebuah rumah. Semasa menyerbu bangunan itu, 10 lelaki dan tiga wanita terbunuh.

Polis berjaya merampas senjata dan enam buah kereta dalam operasi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.