12 orang termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam serangan Russia - Utusan Malaysia

12 orang termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam serangan Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Sekurang-kurangnya 12 warga Ukraine termasuk tiga kanak-kanak dilaporkan cedera selepas tentera Russia menyerang sebuah blok apartmen dan beberapa rumah di bandar Voznesensk, berhampiran loji nuklear utama.

Menurut Pejabat pendakwa raya menerusi Telegram, berdasarkan maklumat awal, seramai 12 orang mengalami kecederaan dengan dua kanak-kanak dalam keadaan parah.

Sebelum ini, Gabenor Mykolaiv, Vitaliy Kim memaklumkan sembilan orang cedera termasuk empat kanak-kanak yang berumur antara tiga dan 17 tahun dan kesemua mereka dalam keadaan serius.

Voznesensk terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari loji nuklear kedua terbesar Ukraine di Pivdennoukrainsk dan 70km dari wilayah Mykolaiv.

Pengendali loji nuklear Ukraine, Energoatom menyifatkan serangan Russia dalam zon 30km di sekitar loji terbabit sebagai `tindakan keganasan nuklear yang sinis dilakukan oleh Russia’.

“Tidak boleh diketepikan bahawa peluru berpandu itu ditembak ke arah stesen jana kuasa Pivdenukrynsk, yang cuba dirampas tentera Russia pada awal Mac lalu,” jelasnya.

Menurut pasukan perkhidmatan kecemasan di Facebook, serangan itu mengenai sebuah apartmen dan beberapa buah rumah di bandar yang menempatkan kira-kira 30,000 orang sehingga bangunan itu rosak teruk.

Sementara itu, tentera Ukraine memaklumkan pihaknya berjaya melancarkan empat peluru berpandu ketepatan tinggi Kalibr dari Laut Hitam berhampiran pusat bandar Dnipro.

Bekas Datuk Bandar Melitopol, Ivan Fedorov berkata, tentera Ukraine melancarkan serangan bom ke atas pangkalan tentera Russia di bandar itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN