Zelensky, isteri jadi penghias majalah Vogue

Zelensky, isteri jadi penghias majalah Vogue

OLENA ZELENSKA dengan imej keberanian dipilih menjadi penghias sampul depan majalah Vogue.-VOGUE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Walaupun konflik di Ukraine belum berkesudahan, Presiden Volodymyr Zelensky dan isterinya, Olena Zelenska mencuri tumpuan selepas tampil dalam sesi penggambaran bagi kulit depan majalah Vogue. 

Pasangan itu ditampilkan bersama dengan Zelenska, 44, menjadi penghias kulit depan majalah terbitan Amerika Syarikat (AS) hasil bidikan jurugambar terkenal, Annie Leibowitz. 

Artikel yang ditulis oleh wartawan Paris, Rachel Donadio tampil dengan tajuk: ‘Portrait of Bravery: Ukraine’s First Lady Olena Zelenska’ sebagai penghias kulit depan. 

Donadio menyifatkan karya tersebut sebagai pengalaman paling bermakna sepanjang menceburkan diri sebagai jurugambar. 

Semasa sesi temubual itu, Zelenska berharap Ukraine dapat mencapai kemenangan walaupun berdepan tentangan sengit dari tentera Russia. 

“Ini adalah bulan yang paling menyedihkan sepanjang hidup saya dan setiap nyawa di Ukraine. 

“Saya tidak rasa ada sesiapa yang tahu bagaimana kami mengendalikan perasaan ini. Kami tidak ragu-ragu dan yakin akan menang,” katanya. 

Penerbitan majalah itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang ahli politik Konservatif kerana AS tidak sepatutnya menghantar bantuan berjumlah $60 bilion (RM267 bilion) bagi membantu Ukraine berdepan serangan Russia. 

Ahli Kongres, Lauren Boebert menerusi ciapan Twitter memuat naik gambar pasangan Ukraine itu bersama dan menggelarkan mereka sebagai pembawa masalah.

“Semasa kita hantar bantuan AS$60 bilion ke Ukraine, Zelensky masih ada masa untuk mengadakan sesi penggambaran dengan majalah Vouge. Mereka memang sudah melampau,” tulisnya.  

Aktivis Konservatif, Scott Presler pula mempertikaikan niat pasangan suami isteri itu yang seakan-akan kemaruk dengan populariti. 

“AS hantar bantuan bilion dolar semata-mata untuk Zelensky dan Zelenska dapat beraksi di depan kamera?

“Anda sedang berada dalam peperangan dan masih mempunyai begitu banyak masa dengan semua ini?” soalnya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN