Wuhan dikenakan perintah berkurung selepas 4 kes Covid-19 dikesan - Utusan Malaysia

Wuhan dikenakan perintah berkurung selepas 4 kes Covid-19 dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Hampir sejuta penduduk di pinggir bandar Wuhan diletakkan di bawah perintah berkurung.

Wuhan di wilayah Hubei, China menjadi bandar pertama menyaksikan kemunculan virus Covid-19 pada Disember 2019.

Lapor BBC, penduduk daerah Jiangxia diarah untuk kekal berada dalam kediaman mereka selama tiga hari selepas empat kes Covid-19 tanpa gejala dikesan.

Di Wuhan, ujian saringan dilaksanakan menemukan dua kes tanpa gejala dua hari lalu.

Dua lagi kes dikesan menerusi pengesanan kontak dan tidak lama selepas itu perintah berkurung dilaksanakan.

Semua pengangkutan awam termasuk bas dan perkhidmatan kereta api bawah tanah, digantung.

Penduduk juga digesa untuk tidak meninggalkan daerah itu melainkan terdapat keperluan penting.

Pihak berkuasa juga mengenal pasti empat kawasan kejiranan yang berisiko tinggi dan penduduk dilarang daripada meninggalkan rumah mereka.

China melaksanakan strategi `sifar Covid-19′ termasuk ujian saringan besar-besaran, peraturan kuarantin ketat dan perintah berkurung tempatan.

Langkah itu membawa kepada kes kematian yang jauh lebih rendah berbanding negara lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN