Wickremesinghe angkat sumpah jawatan Presiden Sri Lanka - Utusan Malaysia

Wickremesinghe angkat sumpah jawatan Presiden Sri Lanka

RANIL Wickremesinghe mengangkat sumpah sebagai Presiden Sri Lanka. - ANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah sebagai Presiden Sri Lanka yang kelapan di hadapan ketua hakim negara dalam satu majlis ringkas.

Pemimpin berusia 73 tahun itu yang juga pernah menjadi perdana menteri sebanyak enam kali, mengangkat sumpah jawatan tertinggi itu pada pagi tadi.

Lapor Al Jazeera, upacara angkat sumpah itu dimaklumkan oleh pejabat media Presiden dalam satu kenyataan.

Wickremesinghe dipilih sebagai presiden Sri Lanka baharu bagi menggantikan Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri ke luar negara dan meletakkan jawatan.

Wickremesinghe berjaya memperoleh sebanyak 134 undi, manakala pesaing utamanya, Dullas Alahapperuma mendapat 82 undi dalam undian rahsia itu.

Ketua parti Janatha Vimukti Peramuna, Anura Dissanayake pula hanya memperoleh tiga undi daripada partinya sendiri.

Penunjuk perasaan membantah pemilihan Wickremesinghe sebagai presiden dan mahu beliau juga mengundur diri seperti dilakukan oleh Rajapaksa.

Ini berikutan ramai menganggap pemimpin itu mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Rajapaksa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN