Wanita terberak di lantai kafe, pelanggan lain nyaris tergelincir

Wanita terberak di lantai kafe, pelanggan lain nyaris tergelincir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah video tular dalam TikTok menunjukkan detik-detik menjijikkan selepas kelihatan ‘objek’ dipercayai najis terjatuh di lantai daripada skirt seorang wanita.

Lapor Daily Star, aksi itu berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) dari dalam sebuah kafe.

Video tersebut meraih lebih 164,000 tanda suka dalam media sosial itu selepas dikongsikan oleh @oppglobalmemes.

Rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita berjalan santai dalam kafe apabila sebuah ‘objek’ kelihatan terjatuh daripada pakaiannya.

Beberapa minit selepas itu, seorang lelaki yang masuk ke dalam kafe nyaris tergelincir selepas terpijak najis tersebut.

“Oh, lelaki itu baru terpijak najis,” tulis individu yang memuat naik video tersebut.

Video tersebut turut menuai pelbagai reaksi daripada warga maya.

“Bagaimana seorang individu boleh membuang najis di dalam kedai dan terus berjalan seperti biasa?” soal seorang pengguna.

“Kejadian ini berlaku di Sainsbury dan seseorang meletakkan bakul di atasnya, sedangkan terdapat kotoran di tengah-tengah lorong itu,” tulis warga maya lain.

“Adakah dia berfikir tiada siapa yang akan perasan najis tersebut,” soal pengguna lain.

“Saya bekerja dalam bidang perkhidmatan pelanggan di United Kingdom dan kejadian seperti ini berlaku empat kali di kedai saya. Semuanya melibatkan pelanggan wanita,” tulis seorang netizen.

Video tersebut dipercayai dirakam pada 2015 dan dikongsikan dalam YouTube, sebelum tular semula di TikTok, baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN