Virus Marburg dikesan di Ghana - Utusan Malaysia

Virus Marburg dikesan di Ghana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACCRA: Dua kes virus Marburg yang membawa maut sudah dikenal pasti di Ghana, kali pertama penyakit seperti virus Ebola itu ditemukan di negara Afrika Barat.

Perkhidmatan Kesihatan Ghana (GHS) berkata, awal bulan itu, sampel darah yang diambil daripada dua orang di wilayah Ashanti selatan mencadangkan mengenai virus Marburg dan sampel dihantar ke Institut Pasteur di Senegal sudah mengesahkan diagnosis.

“Ini adalah kali pertama Ghana mengesahkan Penyakit Virus Marburg,” kata ketua GHS, Patrick Kuma-Aboagye dalam satu kenyataan.

Masih belum ada rawatan atau vaksin untuk Marburg, yang dipercayai hampir sama bahaya dan membunuh dengan Ebola.

Gejalanya adalah demam panas serta pendarahan dalaman dan luaran.

GHS berkata, sejumlah 98 orang yang dikenal pasti sebagai kes kontak kini turut berada di bawah kuarantin serta menyatakan bahawa tiada kes Marburg lain dikesan di Ghana.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, Guinea turut mengesahkan satu kes dalam wabak yang diisytiharkan berakhir pada September 2021 itu.

Menurut WHO, wabak dan kes sporadik Marburg di Afrika dilaporkan di Angola, Republik Demokratik Congo, Kenya, Afrika Selatan dan Uganda.

Ia boleh merebak daripada haiwan yang dijangkiti, termasuk kelawar.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan gua yang didiami koloni kelawar dan memasak produk daging ‘secara menyeluruh’ sebelum dimakan,” nasihat pihak berkuasa kesihatan Ghana.

Mereka yang dikenal pasti pernah berhubung dengan penghidap, termasuk kakitangan perubatan, mesti mengasingkan diri.

Penyakit virus itu dikatakan menyerang penghidap secara tiba-tiba, dengan demam panas dan sakit kepala yang teruk.

Kata WHO lagi, kadar kematian dalam kes yang disahkan berkisar antara 24 peratus hingga 88 peratus dalam kes sebelumnya, bergantung kepada keseriusan virus dan pengurusan kes. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya