Shinzo Abe selamat disemadi

Shinzo Abe selamat disemadi

POTRET Shinzo Abe diletakkan di kediaman Duta Jepun ke Perancis di Paris. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe disemadikan semalam selepas upacara keagamaan di Tokong Zojoji, di sini kelmarin.

Majlis tersebut hanya disertai keluarga dan rakan rapat serta dimulakan dengan upacara sembahyang sepanjang malam, diketuai oleh isteri mendiang, Akie Abe.

Bagi anggota Parlimen, mereka dikhususkan ke kawasan berasingan untuk meletakkan jambangan bunga sebagai penghormatan terakhir.

Pihak berkuasa di Tokyo dan bandar Shimonoseki, wilayah Yamaguchi yang merupakan kampung halaman Abe turut menyediakan kawasan untuk membolehkan orang awam memberikan penghormatan.

Abe, 67, yang juga perdana menteri paling lama berkhidmat di Jepun, ditembak ketika berkempen dalam satu insiden pada Jumaat lalu.

Media tempatan melaporkan, Abe rebah selepas terkena tembakan pada bahagian leher sebelum meninggal dunia beberapa jam kemudian di hospital.

Beliau berusia 52 tahun ketika dipilih menjadi perdana menteri pada 2006, iaitu yang termuda memegang jawatan itu selepas era perang, namun terpaksa meletak jawatan kerana masalah usus.

Selepas sembuh, beliau bertanding kembali dan menang jawatan perdana menteri pada 2012 serta memperkenalkan pelan pemulihan ekonomi ‘Abenomics’.

Namun, penyakit lama Abe kembali menyerang menyebabkan beliau terpaksa meletak jawatan pada 2020. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya