Ruja Ignatova antara 10 individu paling dikehendaki FBI

Ruja Ignatova antara 10 individu paling dikehendaki FBI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan seorang wanita bernama Ruja Ignatova diletakkan dalam senarai 10 individu paling dikehendaki.

Ignatova yang dikenali sebagai ‘Ratukripto yang hilang’ berasal dari Bulgaria dan dipercayai berumur dalam lingkungan 40an serta sudah mengubah penampilan dirinya, lapor BBC.

Dia dikehendaki kerana didakwa memainkan peranan penting menjalankan sindiket penipuan mata wang kripto dikenali sebagai OneCoin.

FBI mendakwa wanita itu mengaburi mangsa dengan jumlah kerugian direkodkan melebihi AS$4 bilion (RM16 bilion).

Suspek menghilangkan diri sejak 2017 selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat mengeluarkan waran tangkap dan penyiasatan terhadap dirinya.

Pada 2014, OneCoin mula menawarkan komisen kepada pembeli jika mereka menjual mata wang kepada lebih ramai orang.

Namun, ejen FBI menjelaskan OneCoin tidak bernilai dan tidak pernah dilindungi oleh teknologi blockchain yang digunakan oleh matwa wang kripto lain.

Sebelum ini, Pendakwa Raya Persekutuan pernah membongkarkan ia adalah skim Ponzi yang menyamar sebagai mata wang kripto.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN