Rizieq Shihab bebas bersyarat hari ini

Rizieq Shihab dibebaskan dengan bersyarat hari ini

RIZIEQ SHIHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bekas Imam Besar Front Pembela Islam (FPI), Muhammad Rizieq Shihab mendapat pembebasan bersyarat hari ini selepas memenuhi syarat administratif dan substantif berdasarkan Peraturan Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Republik Indonesia 2022.

Penyelaras Perhubungan Awam Kementerian, Rika Aprianti mengesahkan perkara itu menerusi kenyataan bertulis, lapor CNN Indonesia.

Peguam Aziz Yanuar berkata, Rizieq akan dibebaskan daripada Unit Sisatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Negara hari ini tanpa menyatakan waktu dia akan dibebaskan.

Rizieq ditahan di penjara sejak 12 Disember 2020 selepas dinamakan sebagai suspek yang menyebarkan berita palsu mengenai keputusan ujian calitan Covid-19 di Hospital Ummi, Bogor.

Dia dijatuhkan hukuman empat tahun penjara oleh Mahkamah Jakarta Timur berhubung kes berkenaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Agung memendekkan hukuman kepada dua tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN