Remaja Singapura berpakaian ala Arab, laksana 'hukuman mati'

Remaja Singapura berpakaian ala Arab, laksana ‘hukuman mati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang pelajar lelaki di Maktab Rendah Yishun-Innova dipanggil oleh pihak polis selepas rakaman video di bilik darjah institusi tinggi itu menunjukkan lakonan yang berunsur perkauman serta memaparkan stereotaip negatif.

Menerusi video berdurasi 28 saat itu, seorang pelajar lelaki dilihat memakai pakaian tradisional lelaki Arab yang dilengkapi kufiya.

Mediacorp. melaporkan, pelajar lain kemudian merakam aksi yang sedang berlaku di dalam sebuah kelas.

Rakaman itu menunjukkan pelajar yang berpakaian ala Arab itu meletakkan tangan pada bahagian dada seorang lagi pelajar yang sedang melutut dan memakai penutup kepala berwarna hitam, seakan-akan pelaksanaan hukuman mati.

Video tersebut kemudian tersebar dalam Reddit, TikTok dan Instagram Wake Up.

Pihak polis mengesahkan penahanan pelajar itu bagi membantu siasatan polis.

Semalam, Kementerian Pendidikan memaklumkan sudah mengetahui mengenai penyebaran video yang menunjukkan ‘perbuatan nakal’ seorang pelajar.

Bagaimanapun, pihak kementerian enggan memberikan sebarang maklum balas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN