Remaja menyesal jalani pembedahan tukar jantina

Remaja menyesal jalani pembedahan tukar jantina

CHLOE Cole mengakui berisiko menghidap penyakit kanser disebabkan rawatan invasif dilakukannya. - TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALLAHASSEE: Seorang gadis berusia 17 tahun yang sebelum ini menjadi transgender, menyesal dan memberi amaran mengenai tindakan membenarkan kanak-kanak menjalani pembedahan penukaran jantina.

Lapor Daily Mail, Chloe Cole menceritakan kisah hidupnya yang pernah mengambil pil hormon halang haid dan menjalani pembedahan penukaran jantina yang menyakitkan sehingga merosakkan badannya sejak dia berusia 13 tahun.

Malah, katanya, tindakan itu juga menyebabkan dia tidak mungkin dapat melahirkan anak sendiri dan menyusukan bayi kerana telah melakukan pembedahan mastektomi sebanyak dua kali.

Gadis itu turut mengakui dia berisiko menghidap penyakit kanser tertentu seperti kanser servik disebabkan rawatan invasif yang dilakukannya.

Cole dari Central Valley, California mendedahkan trauma dialaminya dalam keterangannya semasa satu perbicaraan mengenai kes pembayaran balik kepada individu yang menjalani rawatan hormon di Florida.

Bulan lalu, Gabenor Ron DeSantis melarang pembedahan penukaran jantina bagi kanak-kanak dan membatalkan pembayaran dana Medicaid untuk rawatan transgender dewasa di negeri itu.

Sebelum ini, pakar bedah negeri, Joseph Lapado menggesa Lembaga Perubatan Florida mewujudkan `standard penjagaan’ baharu untuk merawat kanak-kanak bawah umur yang mempertimbangkan melakukan pembedahan penukaran jantina.

Sementara itu, Cole berkata, tiada kanak-kanak mahupun remaja seusianya harus berdepan situasi yang berlaku kepadanya.

Malah, katanya, dia tidak memahami implikasi dan masalah yang bakal timbul akibat penukaran jantina meskipun sudah dimaklumkan sebelum menjalani pembedahan tersebut.

“Saya secara tidak sedar memotong sebahagian diri sebenar saya yang kini tidak dapat dipulihkan dan menyakitkan,” katanya.

Remaja itu melakukan `penukaran jantina’ antara umur 13 dan 16 tahun, dengan menjalani pembedahan mastektomi ketika berusia 15 tahun pada Jun 2020.

Cole juga dilaporkan mengambil testosteron dan pil halang haid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya