Remaja 14 tahun dirogol anak kiai hingga mengandung

Remaja 14 tahun dirogol anak kiai hingga mengandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Seorang pelajar perempuan disyaki menjadi mangsa rogol kepada anak seorang kiai di Kabupaten Tuban sehingga mengandung.

Mangsa yang baru berusia 14 tahun dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi lelaki, Selasa lalu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tuban, M. Gananta berkata, suspek berusia 21 tahun merupakan anak kepada seorang kiai di Plumpung.

“Kami masih melakukan siasatan dengan memeriksa sejumlah saksi di lokasi tersebut.

“Kes cabul itu bermula ketika mangsa mengaji di pondok pesantren tersebut. Setiap hari, mangsa dan pelajar lain akan bermalam di sebuah dewan di pesantren itu.

“Pelajar perempuan tidur di bahagian atas, manakala, pelajar lelaki akan tidur di bawah,” katanya lapor Tribunnews.

Menurut beliau, rakan mangsa sering melihat anak kiai melakukan penderaan seksual terhadap pelajar tersebut.

Katanya, ibu bapa mangsa enggan membuat laporan polis kerana suspek merupakan anak kiai di pesantren tersebut.

“Ibu bapa mangsa masih trauma dan terkejut apabila mendapat tahu anak mereka menjadi mangsa rogol,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN