Rakyat Australia digesa bekerja dari rumah

Rakyat Australia digesa bekerja dari rumah

SEBUAH keluarga berswafoto selepas Zoo Taronga di Sydney membuka semula operasi kepada pengunjung yang sudah dilengkap divaksin.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Kerajaan menyarankan rakyat bekerja dari rumah, pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup serta mengambil suntikan dos penggalak segera susulan penularan gelombang ketiga Omicron.  

Australia kini berdepan gelombang ketiga Omicron yang dicetuskan subvarian BA.4 dan BA.5 yang amat mudah berjangkit, dengan lebih 300,000 kes direkodkan dalam tempoh tujuh hari lalu. 

Semalam, 50,000 kes dicatatkan yang merupakan tertinggi dalam tempoh dua bulan.

Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital di Australia juga menghampiri rekod tertinggi dengan jumlah pesakit di Queensland, Tasmania dan Australia Barat semakin meningkat. 

Kira-kira 5,300 warga Australia kini dirawat di hospital akibat Covid-19 yang menghampiri rekod tertinggi 5,390 kes, Januari lalu ketika penularan BA.1. 

Ketua Pegawai Perubatan Australia, Paul Kelly berkata, negara itu perlu bertindak secara berbeza buat sementara waktu.

Bagaimanapun, Kelly tidak menyarankan pihak berkuasa mewajibkan pemakaian pelitup muka atau melaksanakan sekatan lain. 

“Kita tahu bekerja dari rumah adalah komponen penting dalam menghentikan penularan mikro ini,” katanya. 

Pihak berkuasa Australia turut memberi amaran mengenai jumlah individu mengambil dos penggalak yang berkurangan dengan ketara kerana berisiko memburukkan krisis kesihatan itu.

Setakat ini, 95 peratus individu berusia 16 tahun ke atas sudah mendapatkan dua dos vaksin ovid-19, namun hanya 71 peratus menerima dos ketiga atau lebih.

Minggu lalu, Australia melaksanakan semula pembayaran sokongan kepada pekerja kontrak yang dikuarantin akibat Covid-19, selepas jumlah pekerja yang dijangkiti meningkat.

Beberapa petugas kesihatan turut dijangkiti atau perlu dikuarantin, sekali gus menambah tekanan kepada sistem kesihatan negara itu.-REUTERS 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN