PM Sepanyol gesa pekerja berhenti pakai tali leher elak kepanasan - Utusan Malaysia

PM Sepanyol gesa pekerja berhenti pakai tali leher elak kepanasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menggesa semua pekerja dalam sektor awam dan swasta supaya berhenti memakai tali leher sebagai langkah penjimatan tenaga berikutan gelombang haba yang melanda.

Menurut Sanchez, kerajaannya akan mengambil pendekatan kecemasan bagi melakukan penjimatan tenaga ketika banyak negara Eropah tidak mahu bergantung lagi sepenuhnya kepada bekalan tenaga yang disalurkan oleh Russia.

Sehingga semalam, suhu mencecah 36 darjah Celsius di Madrid dan 39 Celsius di Seville.

Dalam satu sidang akhbar, perdana menteri itu memberitahu beliau juga tidak memakai tali leher dan mahu semua barisan meneteri, penjawat awam dan pekerja swasta supaya melakukan perkara sama.

“Dengan cara ini, kita dapat kurangkan rasa panas, sekali gus kurang menggunakan kipas atau penghawa dingin.

“Dengan cara itu, kita dapat jimatkan penggunaan tenaga,” katanya.

Sebelum ini, Jepun pernah melakukan langkah yang sama apabila memperkenalkan kempen ‘memakai pakaian lebih sejuk’ ketika musim panas pada 2011.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN