Nelayan Jepun tikam mati 30 penyu hijau

Nelayan Jepun tikam mati 30 penyu hijau

PENYU hijau ditemukan maut ditikam di pantai Jepun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Lebih 30 penyu hijau ditemukan maut dengan kesan tikaman di sebuah pantai di Jepun.

Memetik laporan Daily Mail, penduduk tempatan di pulau Kumejima menemukan sejumlah spesies penyu laut paling diancam kepupusan itu, dengan luka di bahagian leher dan sirip pada minggu lalu.

Penyu itu dipercayai ditikam oleh nelayan yang memotong haiwan tersebut dengan kejam selepas terperangkap dalam pukat.

Menurut laman berita Mainchi, sekurang-kurangnya seorang pengusaha perikanan mengaku membunuh haiwan itu yang terperangkap dalam pukat mereka.

“Saya meleraikan beberapa penyu terperangkap dalam pukat dan melepaskannya ke laut.

“Namun, saya tidak dapat membebaskan penyu yang berat, jadi saya terpaksa menikam mereka untuk mengeluarkannya,” kata pengusaha itu.

Polis sudah melancarkan siasatan berhubung kekejaman terhadap haiwan.

Pasukan penyiasat dikerahkan ke lokasi kejadian namun tidak dapat dipastikan sama ada tindakan telah diambil.

Penyu hijau dianggap sebagai spesies terancam oleh pihak berkuasa Jepun dan ahli pemuliharaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN