Manchester akan kuatkuasa larangan merokok  - Utusan Malaysia

Manchester akan kuatkuasa larangan merokok 

KAWASAN luar Dewan Perbandaran Manchester bakal menjadi zon bebas asap rokok. - BBC          
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester bakal melaksanakan larangan merokok di beberapa tempat awam di seluruh bandar di barat laut England itu.

Lapor Daily Mail, tempat awam yang terkenal seperti Taman Piccadilly, Dataran St. Peter’s dan sekitar Dewan Perbandaran Manchester bakal menjadi zon bebas asap rokok.  

Kawasan lain yang turut terlibat dalam perancangan itu termasuk Mayfield Park dan kawasan sekitar Stadium Etihad.     

Individu yang didapati merokok di tempat larangan merokok itu akan diminta membuang atau memadam puntung rokok.

Buat masa ini, tiada rancangan untuk menghukum mahupun mengenakan kompaun terhadap individu yang merokok di kawasan larangan.

Perundingan awam mengenai rancangan itu akan bermula dalam masa terdekat, dengan keputusan dijangka dapat dicapai pada musim luruh.

Cadangan itu dibuat selepas Manchester menyertai kumpulan Kerjasama Bandar Sihat yang berusaha menangani penyakit kanser dan paru-paru kronik.

Salah satu syarat untuk menjadi keahlian adalah mempunyai kawasan zon bebas asap rokok.

Dianggarkan kira-kira 5,000 orang meninggal dunia akibat penyakit berkaitan asap setiap tahun di Greater Manchester.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya