fbpx

Lelaki mahu berkaki ayam sepanjang hidup

GEORGE Woodville tidak memakai kasut selama 10 bulan. - PA REAL LIFE

LONDON: Seorang lelaki berusia 20 tahun yang tidak memakai kasut mahupun selipar selama lebih 10 bulan, kini merancang untuk `berkaki ayam’ sepanjang hidupnya.

Lapor Daily Mail, George Woodville dari Cambridge mula membuang semua kasut dimilikinya selepas bercuti bersama keluarganya di Plymouth, Oktober tahun lalu.

Kata Woodville, dia berasa seolah-olah `bebas’ daripada cengkaman ketika melakukan demikian.

Sejak itu, katanya, dia berkaki ayam ketika mahu pergi ke bar, restoran, pasar raya dan juga kelab malam.

“Saya akan meminta mereka sebaldi air untuk membersihkan kaki sekiranya terpijak sesuatu kotor seperti tahi anjing atau hanya menggunakan lopak air,” katanya.

Jelas Woodville, dia juga pernah diminta untuk meninggalkan bar dan pasar raya kerana kakinya yang kotor disebabkan tidak memakai kasut. 

“Berkaki ayam membuatkan saya kurang cerewet mengenai apa yang  dipijak.

“Malah, apabila terkena kaca di kakinya, ia biasanya akan jatuh selepas beberapa hari,” katanya.

Woodville dilaporkan pergi ke mana-mana tanpa mengenakan kasut dalam sebarang jenis cuaca.  

Pempengaruh media sosial itu memperoleh lebih 50 juta tontonan dan mempunyai 300,000 pengikut di TikTok sejak Mei lalu, selepas memuat naik video menunjukkan kakinya yang berukuran saiz lapan.

Woodville membuka laman OnlyFans mengenai kaki pada awal tahun ini selepas menerima banyak mesej peminat di TikTok yang meminta `gambar kakinya’.  

Dia kini percaya kakinya boleh menjadi sumber pendapatan utama baginya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN