Kuda rebah akibat strok haba ketika bawa pelancong

Kuda rebah akibat strok haba ketika bawa pelancong

KUDA itu rebah di Dataran Juan Carlos I di Palma selepas bandar itu dilanda suhu panas 40 darjah Celsius. - SOLARPIX.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALMA: Seekor kuda rebah ketika sedang menarik gerabak yang dipenuhi dengan pelancong di Majorca apabila pulau peranginan terkenal itu dilanda gelombang haba.

Lapor Daily Mail, orang ramai yang melalui kawasan itu merakamkan kejadian menyedihkan itu yang berlaku di bandar Palma, Majorca.

Malah, kebanyakan penduduk menggesa pemandu memberikan air kepada kuda yang keletihan itu serta membantu penumpang keluar daripada gerabak berkenaan.

Kuda itu rebah pada petang Sabtu lalu di Dataran Juan Carlos I di Palma selepas bandar itu dilanda suhu panas yang mencecah 40 darjah Celsius.

Sementara itu, seorang aktivis hak haiwan, Guillermo Amengual berkata, pihaknya akan membuat aduan rasmi mengenai kejadian tersebut.

Sebelum ini, Amengual berpandangan perkhidmatan kereta kuda tunggangan harus dimansuhkan kerana ia mengeksploitasikan haiwan.

“Ia mungkin berpunca daripada strok haba atau haiwan itu tidak sesuai digunakan bagi perkhidmatan tersebut disebabkan beberapa faktor termasuk usia.

“Kami mengecam isu ini kerana ia merupakan kali ketiga kejadian serupa berlaku dalam tempoh dua bulan.

“Jadi, kami perlu tahu perkara sebenar sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya