Korban banjir di Iran meningkat kepada 80 orang - Utusan Malaysia

Korban banjir di Iran meningkat kepada 80 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Sekurang-kurangnya 80 orang maut dan dan 30 lagi hilang akibat banjir yang melanda seluruh Iran selama lebih seminggu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah, Yaghoub Soleimani.

“Seramai 59 maut dan 30 masih hilang dalam insiden yang disebabkan oleh banjir baru-baru ini,” katanya sepertimana dipetik agensi berita Irna.

Angka itu merupakan tambahan kepada jumlah mangsa banjir kilat disebabkan hujan lebat di wilayah selatan Fars sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang maut, sejurus sebelum permulaan bulan Mordad dalam kalendar Iran.

Ramai daripada mangsa itu menghabiskan hari mereka di tepi sungai.
Menurut Soleimani, sebanyak 60 bandar, 140 pekan dan lebih 500 perkampungan di seluruh Iran yang diduduki 83 juta penduduk, terjejas akibat banjir tersebut.

Berdasarkan senarai dikeluarkan Bulan Sabit Merah, wilayah Teheran merupakan kawasan paling terjejas dengan melaporkan sebanyak 35 kes kematian.

Wilayah Mazandaran pula mempunyai bilangan paling tinggi mangsa yang hilang iaitu seramai 20 orang.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta pihak berkuasa mengambil langkah yang perlu untuk membaiki kerosakan.

Presiden Ebrahim Raisi pula melawat kawasan dilanda banjir di wilayah Firouzkouh di timur ibu negara.

Kerosakan teruk berlaku di wilayah itu terutamanya disebabkan tanah runtuh di kawasan pergunungan yang meragut 14 nyawa.

Beberapa video dan gambar yang dimuat naik media sosial menunjukkan rumah serta kenderaan dipenuhi lumpur sementara orang ramai cuba menyelamatkan barangan masing-masing. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya