Jemaah haji kurangkan kontak dengan keluarga usai pulang ke tanah air

Jemaah haji kurangkan kontak dengan keluarga usai pulang ke tanah air

KERAJAAN Arab Saudi mengesahkan tiada jangkitan Covid-19 dalam kalangan jemaah haji, namun langkah berjaga-jaga masih perlu diambil. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia mengingatkan para jemaah haji yang pulang ke tanah air supaya mengurangkan kontak rapat dengan keluarga minimum selama 21 hari dari tarikh kepulangan.

Jurucakap kementerian, Yudhi Pramono berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi mengelak jangkitan Covid-19, atau penyakit berjangkit lain yang mungkin dihidapi jemaah tanpa pengetahuan mereka.

“Biarpun disahkan bebas jangkitan Covid-19 semasa pulang, kami tetap menasihatkan para jemaah supaya mengawal kontak dengan keluarga, paling minimum selama 21 hari.

“Langkah ini penting bagi mengawal penularan, bukan sahaja Covid-19, tetapi juga penyakit berjangkit yang lain,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Selain itu, Yudhi turut mengingatkan mana-mana jemaah yang mengesyaki diri mereka dijangkiti Covid-19, mereka perlu membuat laporan dan pemeriksaan segera di pusat kesihatan terdekat.

Katanya, kementerian kesihatan mempunyai pasukan pemantau yang akan memantau keadaan jemaah haji yang pulang ke rumah masing-masing.

“Lebih elok jika memakai pelitup muka dan terus mematuhi peraturan Covid-19 termasuk menjaga jarak sosial ketika berjumpa keluarga,” ujarnya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan kumpulan haji pertama akan pulang ke tanah air pada 15 Julai ini melibatkan seramai 1,556 jemaah.

Ketibaan itu melibatkan empat kumpulan jemaah dari Padang, Jakarta, Bekasi dan Solo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN