Jam tangan ternipis dunia dijual RM7.9j

Jam tangan ternipis dunia dijual RM7.9j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pada awal tahun ini, Bulgari mendapat liputan meluas seluruh dunia apabila mendedahkan koleksi jam tangan terbaharu yang disifatkan paling nipis di dunia iaitu dengan ukuran ketebalan 1.80 milimeter (mm).

Namun, Bulgari berdepan dengan saingannya apabila jenama jam tangan mewah, Richard Mille dengan kerjasama Ferrari menghasilkan jam tangan yang lebih nipis.

Lapor Daily Mail, model jam tangan RM UP-01 itu 0.05mm lebih nipis berbanding jam keluaran Bulgari, Octo Finissimo Ultra, sekali gus merampas gelaran jam tangan mekanikal paling nipis di dunia.

“Dengan ketebalan hanya 1.75mm, RM UP-01 Ferrari merupakan kejayaan dan kehebatan teknikal, selain menunjukkan pendekatan baharu dalam penghasilan jam tangan,” menurut Richard Mille dalam laman webnya.

Setaraf dengan teknologi yang digunakan, jam tangan mewah itu dijual pada harga yang tinggi iaitu AS$1.8 juta (RM7.9 juta), manakala jam tangan Bulgari dijual pada harga AS$400,760 (RM1.8 juta) seutas.

Menurut pasukan Richard Mille, jam tangan itu mengambil masa lebih 6,000 jam untuk dihasilkan dan diuji.

Jam tangan itu dihasilkan dengan 90 peratus kepingan titanium gred paling tinggi dan hanya enam peratus menggunakan aluminium.

“Gabungan penggunaan dua bahan itu meningkatkan nilai mekanikal jam tangan tersebut,” jelas laman web berkenaan.

RM UP-01 dijual dalam kuantiti terhad iaitu hanya 150 utas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya