JAWA TENGAH: Isteri kepada seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) ditembak di depan rumah sendiri di Jalan Cemara, Banyumanik, Semarang, hari ini.
Kejadian berlaku selepas mangsa baru pulang mengambil anaknya di sekolah, lapor Suara.com.
Wanita itu mengalami kecederaan akibat ditembak dan kini dirawat di hospital.
Berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa ditembak oleh individu tidak dikenali.
Seorang saksi berkata, dia melihat dua suspek menaiki motosikal berwarna hijau.
“Mangsa baru selesai mengambil anaknya di sekolah dan tiba-tiba ada bunyi tembakan di depan rumah.
“Suspek terus melarikan diri dan saya menjerit meminta pertolongan,” katanya.