Gelombang haba ragut lebih 1,000 nyawa di Portugal - Utusan Malaysia

Gelombang haba ragut lebih 1,000 nyawa di Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Gelombang haba yang melanda Portugal dianggarkan meragut 1,063 nyawa antara 7 hingga 18 Julai lalu, menurut kementerian kesihatan negara itu.

Kadar kematian meningkat ketika fenomena gelombang haba terus meruncing, sekali gus menjadi yang terburuk pernah melanda Portugal dengan suhu tertinggi mencecah 47 darjah Celsius pada bulan ini

Menurut data yang dikeluarkan Institut Alam Sekitar ICNF semalam, gelombang haba itu juga mencetuskan kebakaran hutan sehingga memusnahkan 45,467 hektar tanah, hanya dalam tempoh 13 hari.

Dua anggota bomba dan seorang penduduk tempatan turut terkorban dalam kebakaran manakala lebih 135 lagi cedera.

Menteri Alam Sekitar, Duarte Cordeiro, memberitahu Parlimen bahawa negara itu juga berdepan ‘kemarau yang melampau’ dan meminta rakyat supaya menjimatkan penggunaan air, selain mengelakkan aktiviti yang terdedah cuaca panas bagi mengelakkan risiko terkena strok haba.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN