Demokrat enggan calonkan Biden untuk Presiden 2024

Demokrat enggan calonkan Biden untuk Presiden 2024

JOE Biden dijangka meneruskan 'pendekatan tegas' terhadap China namun tidak sekeras yang dilakukan Donald Trump sebelum ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu tinjauan baharu mendapati hanya 26 peratus responden dari Demokrat mahu Joe Biden menjadi calon parti dalam pilihan raya presiden akan datang.

Tinjauan itu menyerlahkan populariti Presiden Amerika Syarikat (AS) itu yang semakin berkurangan dalam kalangan penyokong yang pernah menyokong beliau pada pilihan raya 2020.

Memetik laporan Al Jazeera, tinjauan dijalankan oleh New York Times dan Sienna College menunjukkan rating keseluruhan penerimaan Biden yang berada pada 33 peratus.

Seorang profesor sains politik dari Universiti Akron di Ohio, David Cohen menyifatkan angka itu `agak mengerikan’ untuk Biden.

“Kita tidak dapat menafikan hasil tinjauan yang diperolehi.

“Namun, pentadbiran Biden di White House harus berasa bimbang bukan sahaja mengenai peluang pilihan raya tetapi kedudukannya dengan rakyat Amerika,” katanya.

Tinjauan itu dibuat selepas beberapa laporan media AS mendakwa ramai pegawai Demokrat tidak mahu Biden bertanding semula dalam Pilihan Raya Presiden 2024.

Dalam pada itu, tinjauan tersebut turut mendapati 64 peratus responden Demokrat berpandangan kepemimpinan tertinggi parti harus menamakan calon lain dalam pilihan raya presiden akan datang.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 33 peratus responden memetik usia presiden sebagai sebab paling penting di sebalik keputusan mereka.

“Sebanyak 32 peratus daripada kumpulan responden sama pula menyatakan prestasi kerja presiden menjadi sebab mereka tidak mahu pemimpin itu dicalonkan semula pada 2024,” jelas laporan itu.

Tinjauan itu menemubual seramai 849 pengundi berdaftar AS dan mempunyai 4.1 peratus margin ralat.

Sebelum ini, Biden dan pegawai kanannya berulang kali memaklumkan pemimpin itu berhasrat bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN