China mulakan latihan ketenteraan di Selat Taiwan - Utusan Malaysia

China mulakan latihan ketenteraan di Selat Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Media tempatan melaporkan China hari ini memulakan latihan ketenteraan di Selat Taiwan sebagai tanda amaran dan bantahan terhadap lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi, ke pulau yang ditadbir sendiri itu.

Skop latihan ketenteraan itu adalah terhad dan dilakukan di luar pulau Pingtan di wilayah Fujian, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis lalu, namun hanya dilaporkan oleh media kerajaan China semalam.

“Peluru hidup akan dilepaskan antara pukul 8 pagi dan 9 malam. Sebarang kemasukan (ke dalam kawasan perairan berkenaan) akan dilarang”, menurut kenyataan kerajaan, yang tidak menyebut mengenai lawatan Pelosi.

Ketegangan memuncak antara dua ekonomi terbesar dunia itu susulan saingan geopolitik yang semakin meningkat ke atas Taiwan.

Presiden China, Xi Jinping, memberi amaran kepada Presiden AS, Joe Biden melalui panggilan telefon pada Khamis lalu bahawa ‘mereka yang bermain dengan api akhirnya akan terbakar’.

Pentadbiran AS tidak mengesahkan atau menafikan laporan sama ada Pelosi, sekutu utama Biden, akan singgah di Taiwan semasa lawatannya ke Asia, malah Pelosi juga tidak mengulas secara terbuka mengenai rancangan yang dilaporkan secara meluas itu.

Beijing melihat lawatan seumpamanya sebagai provokasi, susulan tuntutannya terhadap kedaulatan bagi pulau demokrasi yang diperintah sendiri itu.

Walaupun pegawai AS sering membuat lawatan secara diam-diam ke Taiwan, Pelosi berada di barisan kedua selepas jawatan presiden dan beliau akan menggunakan pengangkutan tentera semasa lawatannya ke Asia.

Kawasan di mana China akan melakukan latihan itu terletak kira-kira 120 kilometer dari pantai Taiwan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya