Britain isytihar darurat susulan suhu cecah 40 Celcius

Britain isytihar darurat susulan suhu cecah 40 Celcius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Britain diisytiharkan darurat selepas amaran gelombang haba melampau merah dikeluarkan buat kali pertama selepas suhu mencecah 40 darjah Celcius.

Amaran tertinggi yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi meliputi kawasan London, Manchester dan York pada Isnin dan Selasa depan.

Ini bermakna terdapat risiko kehidupan dan rutin harian perlu diubah serta-merta.

Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom turut mengeluarkan amaran haba tahap empat tertinggi kepada badan kesihatan dan penjagaan mengenai penyakit dan kematian yang berisiko berlaku dalam kalangan individu yang cergas dan sihat.

Beberapa sekolah juga dijangka ditutup dan janji temu di hospital akan dibatalkan.

Petang semalam, pemimpin NHS memberi amaran terdapat permintaan yang lebih besar bagi ambulans kerana pesakit berisiko ditinggalkan di luar hospital dalam kenderaan kecemasan di bawah cuaca panas terik.

Ambulans diingatkan tidak menunggu di luar jabatan kecemasan melebihi 30 minit sebelum menurunkan pesakit.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama amaran haba merah dikeluarkan di beberapa bahagian di UK, walaupun sistem amaran haba melampau mula diperkenalkan tahun lalu.-BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN