AS sahkan bayi pertama dijangkiti cacar monyet

AS sahkan bayi pertama dijangkiti cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Penyakit cacar monyet dikesan buat pertama kali melibatkan seorang kanak-kanak dan bayi di California. 

Lapor Reuters, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memaklumkan dua kes tersebut tidak mempunyai hubung kait dan bukan disebabkan jangkitan di rumah. 

CDC berkata, kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan baik dan masih menerima rawatan. 

Timbalan Pengarah CDC, Dr. Jennifer McQuiston berkata, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kes pediatrik cacar monyet sudah muncul. 

Jelasnya, setakat ini tiada bukti menunjukkan virus itu merebak di luar komuniti gay, biseksual dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki. 

“Sebanyak 99 peratus daripada 2,891 kes cacar monyet yang disahkan di Amerika Syarikat (AS) melibatkan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, namun terdapat juga segelintir wanita dan lelaki transgender dijangkiti,” katanya. 

Cacar monyet yang menyebabkan simptom seperti deman dan selesema merebak pantas dalam kalangan lelaki homoseksual yang mempunyai kontak rapat. 

Setakat ini, terdapat lebih 14,000 kes penyakit itu di lebih 60 negara dengan lima kematian direkodkan di Afrika. 

Sementara itu, Penyelaras Tindak Balas Covid-19 White House, Dr. Ashish Jha berkata, kerajaan sudah memberikan 300,000 dos vaksin cacar monyet dan berusaha mempercepatkan penghantaran dari Denmark sebanyak 786,000 dos lagi. 

Beliau berkata, vaksin yang ditempah sudah mencukupi bagi suntikan dos pertama kepada lebih separuh populasi yang layak di New York serta 70 peratus populasi di Washington. 

Bagaimanapun, Jha berkata, AS masih membuat penilaian sama ada mengisytiharkan cacar monyet sebagai krisis kecemasan kesihatan awam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN