Aktivis wanita enggan iktiraf Taliban sebagai kerajaan yang sah

Aktivis wanita enggan iktiraf Taliban sebagai kerajaan yang sah

taliban
WANITA dan kanak-kanak perempuan di Afghanistan melakukan protes menuntut Taliban membuka semula sekolah menengah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Aktivis wanita Afghanistan menggelar Taliban sebagai pemerintah yang tidak sah walaupun terdapat pengisytiharan oleh beribu-ribu ulama yang menyokong kerajaan berkenaan.

Kelmarin, golongan ulama berikrar taat setia kepada Taliban dan ketuanya susulan mesyuarat tiga hari yang turut dilihat gagal menangani isu seperti hak remaja perempuan untuk ke sekolah.

Taliban yang merampas kuasa Ogos lalu menyifatkan mesyuarat itu sebagai undi percaya untuk menjadi sebuah negara Islam tulen yang berpegang kepada undang-undang syariah.

Mereka menegaskan minggu lalu bahawa wanita akan diwakili dalam mesyuarat itu, yang dihadiri oleh lebih 3,500 lelaki.

“Kenyataan yang dikeluarkan atau berikrar taat setia kepada Taliban dalam mana-mana perhimpunan atau acara tanpa kehadiran separuh daripada penduduk negara iaitu wanita, tidak boleh diterima.

“Mesyuarat itu tidak mempunyai kesahihan, atau kelulusan rakyat,” kata seorang aktivis hak asasi yang kini dalam buangan di Norway, Hoda Khamosh kepada AFP.

Sejak kembali berkuasa pada Ogos, tafsiran keras oleh Taliban terhadap undang-undang syariah dengan mengenakan sekatan tegas terhadap rakyat Afghanistan, khususnya kepada wanita.

Pelajar sekolah menengah dilarang daripada mendapat pendidikan dan wanita pula dihalang daripada bekerja dalam sektor kerajaan, dilarang berjalan bersendirian dan diperintahkan untuk memakai pakaian yang menutupi segala-galanya kecuali muka.

Taliban juga mengharamkan muzik bukan agama dimainkan, mengarahkan saluran TV untuk berhenti menayangkan filem dan drama yang memaparkan wanita yang tidak bertudung, malah mengarahkan lelaki untuk memakai pakaian tradisional serta memanjangkan janggut mereka.

Di Kabul, gabungan kumpulan wanita juga menyelar mesyuarat ulama sebagai tidak mewakili rakyat.

“Ulama hanyalah sebahagian daripada masyarakat, mereka bukan keseluruhannya.

“Keputusan yang mereka buat hanya untuk kepentingan mereka sendiri dan bukan untuk kepentingan negara dan rakyatnya. Tiada apa-apa untuk wanita dalam agenda, mahupun dalam komuniti,” kata penganjur Ainoor Uzbik kepada AFP selepas sidang media.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata, lelaki seperti Taliban memegang kuasa mutlak sebelum ini dalam sejarah tetapi biasanya hanya untuk masa yang singkat sebelum mereka disingkirkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN