42 maut minum arak beracun di India - Utusan Malaysia

42 maut minum arak beracun di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AHMEDABAD: Sekurang-kurangnya 42 orang maut dan hampir 100 yang lain dimasukkan ke hospital di barat India selepas minum arak beracun.

Puluhan penduduk jatuh sakit pada awal minggu ini selepas minum arak beracun metanol yang dijual berleluasa di seluruh negeri Gujarat.

Pegawai polis, Ashok Yadav memberitahu, seramai 31 orang maut di daerah Botad, manakala 11 lagi meninggal dunia berhampiran daerah Ahmedabad.

Katanya, seramai 97 yang lain dimasukkan ke hospital dengan dua daripadanya dalam keadaan kritikal.

Gujarat merupakan satu daripada negeri di India yang minum alkohol dan penjualannya diharamkan.

Susulan insiden itu, pihak berkuasa menyerbu sejumlah premis yang menjual arak beracun di sekitar Gujarat dan menahan beberapa individu.

Daripada lima bilion liter arak yang dihasilkan setiap tahun di India, kira-kira 40 peratus daripadanya dihasilkan secara haram. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN