14 tentera laut maut, helikopter terhempas di Mexico

14 tentera laut maut, helikopter terhempas di Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO: Seramai 14 orang terbunuh selepas sebuah helikopter tentera Black Hawk terhempas di barat laut Mexico, semalam.

Helikopter tersebut membawa 15 penumpang dan satu-satunya mangsa terselamat sedang menerima rawatan selepas nahas berlaku di wilayah Sinaloa.

Kemalangan berlaku ketika pihak tentera laut menjalankan aktiviti operasi yang tidak dinyatakan dan siasatan terperinci akan dijalankan bagi mencari punca kejadian.

“Mangsa merupakan pegawai tentera laut yang memberikan khidmat dan dedikasi kepada negara semasa hayat mereka,” kata kenyataan itu.

Setakat ini, tiada maklumat yang mengesahkan punca kejadian berkaitan dengan penahanan raja dadah, Rafael Caro Quintero di kawasan lain daerah itu pada Jumaat.

Semalam, tentera laut turut memberkas Quintero atas dakwaan kes pembunuhan dan penyeksaan ejen anti-narkotik Amerika Syarikat, 1985.

Raja dadah itu terkenal sebagai pengasas bersama kartel Guadalajara yang merupakan antara organisasi pengedaran dadah paling berkuasa di Amerika Latin pada 1980an.

Suspek merupakan sasaran paling berharga bagi pegawai AS.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN