Tragedi tembakan: Sekolah Rendah Robb bakal dirobohkan

Tragedi tembakan: Sekolah Rendah Robb bakal dirobohkan

SEORANG pegawai polis berdiri di depan papan tanda Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS : Insiden tembakan besar-besaran sepatutnya ditangani dengan undang-undang pemilikan senjata api yang lebih ketat, namun, tragedi yang menyaksikan 19 kanak-kanak dan dua guru maut Mei lalu, ditangani dengan tindakan merobohkan bangunan Sekolah Rendah Robb.

Lapor The Guardian, Datuk Bandar, Don McLaughlin semasa mesyuarat ahli majlis di Uvalde memberitahu beliau sangat ‘memahami’ keperluan untuk merobohkan sekolah tersebut dan akan digantikan dengan pembinaan sekolah baharu yang mampu menempatkan 600 pelajar.

“Saya sudah berbincang dengan pejabat pendidikan daerah berhubung perobohan sekolah itu. Anda tidak boleh sama sekali meminta murid-murid atau guru kembali semula ke sekolah itu buat selama-lamanya,” katanya.

McLaughlin bagaimanapun tidak memberitahu tarikh sebenar sekolah itu akan dirobohkan.

Pada 2012, sekolah di Sandy Hook, Connecticut dirobohkan dan digantikan dengan bangunan sekolah baharu selepas 26 orang terbunuh dalam insiden tembakan besar-besaran.

Kemarahan yang meluap-luap tentang pembunuhan beramai-ramai di Uvalde disusuli dengan kemarahan terhadap pembunuh 10 warga kulit hitam yang bermotifkan perkauman di Buffalo, New York.

Kenyataan McLaughlin dibuat susulan kemarahan orang ramai mengenai tindak balas polis terhadap suspek yang melepaskan tembakan, 25 Mei lalu.

Ramai mempersoalkan bagaimana pegawai polis yang lengkap bersenjata mengambil masa selama 70 minit selepas tiba di sekolah, sebelum mereka menyerbu bilik darjah dan menembak mati pengganas berusia 18 tahun itu.

Semasa perbicaraan negeri yang menyiasat kejadian itu, Ketua Keselamatan Awam Texas, Steve McCraw menyifatkan tindakan polis sebagai ‘kegagalan yang teruk dan bertentangan segala-galanya’ terhadap krisis sedemikian.

McCraw berkata, Ketua Polis, Pedro Arredondo yang merupakan komander di tempat kejadian bertindak menghalang pegawai lain daripada menghentikan tindakan penceroboh lebih awal yang berpotensi mengehadkan pembunuhan beramai-ramai.

“Arredondo memutuskan untuk menyelamatkan nyawa pegawai polis berbanding kanak-kanak.

“Pegawai mempunyai senjata sedangkan kanak-kanak tidak mempunyai senjata. Anggota polis mempunyai perisai badan sedangkan kanak-kanak tidak mempunyai perisai. Malah, mereka juga mempunyai latihan sedangkan mangsa tidak mempunyai apa-apa pertahanan,” tegasnya.

Rabu lalu, Senator Negeri Texas, Roland Gutierrez memfailkan saman terhadap jabatan McCraw bagi memaksa agensi itu mengeluarkan rekod yang memperincikan butiran tindak balas penguatkuasaan undang-undang di Robb.

Selasa lalu, Senator Amerika Syarikat mengumumkan persetujuan mengenai rang undang-undang (RUU) keganasan senjata api yang akan memperketatkan pemeriksaan latar belakang bagi pembeli senjata api yang lebih muda.

RUU itu menuntut penjual menjalankan lebih banyak pemeriksaan latar belakang dan meningkatkan hukuman ke atas pengedar senjata api.

Pihak negeri dan komuniti akan menerima peruntukan kewangan yang bertujuan meningkatkan keselamatan sekolah dan inisiatif kesihatan mental.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya