Tiada rampasan pesawat terhadap pesawat Singapore Airlines

Tiada rampasan pesawat terhadap pesawat Singapore Airlines

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Akibat kesilapan teknikal ketika dalam penerbangan, pesawat Singapore Airlines tersilap hantar kod transponder 7500 (kemungkinan rampasan) sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Singapura. 

Hasil pemeriksaan menerusi laman sesawang pengesan pesawat dalam talian global, Flight Stats, menunjukkan pesawat SQ37 mendarat tanpa sebarang insiden tidak diingini di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, 7.36 pagi.

Pihak berkuasa penerbangan dimaklumkan mengenai isyarat kecemasan itu sebaik sahaja pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Menurut Daily Mail, pesawat terbabit menghantar isyarat kod transponder kemungkinan berlaku rampasan ketika melalui ruang udara di Lautan Pasifik.

Maklumat itu diperoleh daripada pengesan penerbangan dalam talian, ADS-B Exchange.

Bagaimanapun, situasi terbabit disahkan akibat masalah teknikal selepas tiada lagi isyarat kecemasan dihantar selepas itu.

Pesawat terbabit meneruskan penerbangannya menggunakan laluan asal dengan jangkaan ketibaan pada pukul 7.50 pagi.

Setakat ini, tiada sebarang laporan kejadian tidak diingini berlaku dalam pesawat berkenaan mahupun penjelasan atau kemas kini dikeluarkan oleh syarikat penerbangan serta pihak berkuasa lapangan terbang. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN