Telur ayam naik RM1.50

Telur ayam naik RM1.50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERANG: Harga telur ayam di Pasar Pamarayan, Kabupaten Serang, Banten, meningkat daripada 25,000 rupiah (RM7.60) kepada 30,000 rupiah (RM9.10) sekilogram.

Lapor Tribunnews, peniaga, Susi Aniati berkata, sebahagian pembeli terpaksa beralih mencari telur ayam yang retak kerana harganya lebih murah.

“Ramai mengadu kerana harga telur ayam naik.

“Disebabkan itu, ada yang mencari telur pecah. Tetapi kalau beli telur yang kulitnya rosak, mungkin tidak banyak hanya dalam dua ke tiga biji dan akan digoreng terus,” katanya.

Menurut Susi, kenaikan harga telur ayam disebabkan oleh kos makanan haiwan yang tinggi.

Katanya, dia tidak berani menyimpan bekalan telur ayam yang banyak kerana pembeli semakin berkurangan sejak harga naik.

“Pembeli juga semakin berkurang dan yang biasa beli sekilogram sekarang hanya beli separuh kilo sahaja.

“Saya harap kenaikan harga telur ayam ini tidak terlalu lama dan segera kembali normal kerana memberi kesan kepada pendapatannya,” katanya.

Dua tahun lalu, terdapat dua barangan komoditi yang harganya naik mendadak iaitu telur ayam dan cili.

Berdasarkan tinjauan detik.com di Pasar Jatinegara, Jakarta Timur, harga telur ayam boleh mencecah sehingga 30,000 rupiah bagi setiap sekilogram.

Harga telur ayam di seluruh negara juga dilaporkan naik dengan harga paling mahal ketika itu adalah di wilayah Papua iaitu 42,100 rupiah (RM12) sekilogram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya