Telinga bayi hampir terputus masa lahir

Telinga bayi hampir terputus masa lahir

SEORANG bayi hampir kehilangan telinga kiri akibat kecuaian doktor semasa melakukan pembedahan di Mexico.-TIKTOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO: Doktor hampir terpotong telinga bayi yang baru lahir semasa menjalani pembedahan yang terpaksa menggunakan telefon bimbit akibat bekalan elektrik terputus di sebuah hospital di bandar ini. 

Karla Urizandi, 19, melahirkan Juan Adriel Solis, 6 Jun lalu di Klinik Pakar Antarabangsa di Mexicali, Baja California ketika bekalan elektrik terputus hampir 26 minit, lapor Daily Mail.  

Dilaporkan, Urizandi dimasukkan ke hospital pada pukul 11 pagi sebelum dibawa ke bilik pembedahan 12.40 tengah hari. 

Bekalan elektrik terputus kira-kira pukul 12.48 tengah hari dan penjana sandaran dilaporkan tidak berfungsi. 

Remaja itu masih mengingati peristiwa ketika bius digunakan sebelum lampu tiba-tiba terpadam. 

Semasa pembedahan tersebut, pakar sakit puan bersama pakar perbidanan, Dr. David Santoyo turut ditemani doktor lain yang memilih untuk meneruskan proses kelahiran menggunakan teknik pembedahan cesarean. 

“Tiga telefon bimbit dihalakan ke perut saya untuk pencahayaan dan mereka mula melakukan pembedahan itu. 

“Saya beritahu tidak mahu mati kerana insiden itu sangat menakutkan,” katanya dalam video TikTok. 

Urizandi berkata, dia ‘sangat takut’ ketika Santoyo melakukan prosedur pembedahan, sebelum telinga kiri bayi itu terpotong ketika pakar cuba mengeluarkan hemangioma iaitu tanda lahir vaskular yang menyebabkan kepala bayi itu membengkak. 

“Selepas beberapa minit, saya dengar bayi menangis. Asalnya saya tidak tahu bayi mengalami kecederaan sehingga suami beritahu tentang berita buruk tersebut. 

“Saya kecewa sebab menunggu doktor atau individu lain datang dan memberikan penjelasan, namun ia tidak berlaku,” luahnya. 

Susulan itu, Urizandi dan suaminya memfailkan laporan insiden kepada Pejabat Peguam Negara Baja California disebabkan kecuaian doktor dan pusat perubatan tersebut. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya