Subvarian Omicron BA.4, BA.5 dikesan di Indonesia

Subvarian Omicron BA.4, BA.5 dikesan di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Kesihatan mengesan penemuan subvarian baharu Omicron BA.4 dan BA.5 di negara ini yang mempunyai kadar mobirditi yang rendah dalam pesakit yang disahkan positif.

Penemuan kes itu melibatkan seorang individu yang disahkan positif BA.4 tanpa gejala dan sudah divaksin dua kali, 6 Jun lalu. 

Jelasnya, selebihnya adalah kes tiga orang positif BA.5 yang melakukan perjalan ke luar negara semasa delegasi pertemuan Platform Global di Bali, 23 hingga 28 Mei lalu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr. Mohammad Syahril berkata, kesemua individu tersebut sudah menerima dos vaksin penggalak dan Covid-19.  

“Secara epidemiologi di peringkat global sebanyak 6,903 jujukan BA.4 dilaporkan melalui Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID). 

“Negara yang banyak melaporkan kes BA.4 adalah Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Denmark dan Israel,” katanya.  

Manakala, BA.5 dilaporkan sebanyak 8,687 jujukan dari 63 negara. 

Terdapat lima negara dengan laporan urutan terbanyak iaitu AS, Portugal, Jerman, England dan Afrika Selatan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN