Stesen kehabisan bahan api, rakyat merusuh baling batu ke arah tentera

Stesen kehabisan bahan api, rakyat merusuh baling batu ke arah tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Pasukan tentera Sri Lanka melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang merusuh di stesen minyak ketika mereka beratur untuk mendapatkan bekalan petrol dan diesel.

Insiden itu berlaku di Visuvamadu, 365 kilometer ke utara Colombo pada malam kelmarin apabila orang ramai mula membaling batu ke arah anggota tentera.

Jurucakap tentera, Nilantha Premaratne berkata, dianggarkan 20 hingga 30 perusuh membaling batu ke arah anggota dan kenderaan tentera.

Polis melaporkan, empat penduduk awam dan tiga tentera cedera apabila tembakan dilepaskan bagi meredakan keadaan.

Kekecohan mula berlaku apabila stesen kehabisan minyak menyebabkan orang ramai ‘naik angin’ dan merusuh.

Sri Lanka ketika ini berdepan krisis ekonomi terburuk sejak kemerdekaan, menyaksikan negara ini berdepan kekurangan bekalan makanan, ubatan dan bahan api.

Berikutan masalah yang berlaku, pasukan keselamatan ditempatkan di kebanyakan stesen minyak bagi mengawal keadaan.

Seorang penunggang motosikal ditembak mati oleh polis pada April lalu di pekan Rambukkana apabila berlaku pertempuran ketika bahan api diedarkan.

Polis memaklumkan, beberapa rusuhan berlaku melibatkan penunggang motosikal di tiga lokasi pada hujung minggu ini.

Sekurang-kurangnya enam anggota polis cedera dalam rusuhan itu dan tujuh penunggang motosikal ditahan.

Kerajaan Sri Lanka sebelum ini mengisytiharkan penutupan sekolah dan institusi sekolah selama dua minggu bagi mengurangkan penggunaan bahan api.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini memberi amaran bahawa empat dari lima penduduk di negara ini tidak mampu untuk makan kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN