Son-hui dilantik Menteri Luar Korea Utara baharu - Utusan Malaysia

Son-hui dilantik Menteri Luar Korea Utara baharu

CHOE SON-HUI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara melantik diplomat veteran, Choe Son-hui sebagai menteri luar yang baharu.

Buat pertama kali, wanita mengisi portfolio Menteri Luar Korea Utara dibawah pimpinan Kim Jong-un.

Pelantikan itu dibuat ketika Pyongyang melancarkan ujian peluru berpandu secara berterusan yang melanggar sekatan dan tidak mengendahkan gesaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengadakan rundingan.

Son-hui yang sebelum ini merupakan Naib Menteri Luar diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan menteri tersebut.

Beliau menggantikan Ri Son Gwon, bekas pegawai tentera, yang mengetuai beberapa rundingan diadakan dengan Korea Selatan.

Son-hui pernah berkhidmat sebagai pembantu kanan Jong Un ketika rundingan nuklear dengan AS dan menemani pemimpin Korea Utara itu ke sidang kemuncak dengan presiden AS ketika itu, Donald Trump. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya