Shanghai laksana semula lockdown hari ini

Shanghai laksana semula lockdown hari ini

PETUGAS mengunci kawasan perumahan penduduk semasa perintah berkurung di daerah Xuhui, Shanghai.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Bandar ini melaksanakan perintah berkurung terhadap 2.7 juta penduduk bermula hari ini, hanya seminggu selepas perintah sekatan dilonggarkan bagi melaksanakan ujian pengesanan Covid-19 secara besar-besaran.

Lapor The Guardian, pengumuman itu mencetuskan kerisauan dalam kalangan pengguna media sosial sekiranya akan dilanjutkan lebih lama jika terdapat sebarang kes direkodkan. 

Minggu lalu, bandar itu melonggarkan pelbagai sekatan selepas 25 juta penduduk menjalani perintah berkurung sejak Mac lalu, ketika China berusaha memerangi wabak paling teruk dalam tempoh dua tahun. 

Daerah barat daya Minhang yang menempatkan 2.7 juta orang akan diletakkan di bawah ‘pengurusan tertutup’ pagi ini dan semua penduduk akan menjalani ujian calitan. 

Penutupan akan ditarik balik selepas sampel dikumpulkan tanpa memberikan masa atau tarikh tertentu.   

Pihak berkuasa juga tidak menjelaskan langkah yang akan dikenakan sekiranya terdapat penduduk yang didapati positif di daerah itu. 

Menerusi pendekatan sifar Covid-19 China yang ketat, semua kes positif adalah terpencil dan merupakan kontak rapat diarahkan menjalani kuarantin. 

Khamis lalu, Shanghai melaporkan sembilan kes jangkitan tempatan baharu wabak tersebut. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN