Sekatan Barat tidak masuk akal - Putin - Utusan Malaysia

Sekatan Barat tidak masuk akal – Putin

VLADIMIR Putin berucap di sesi pleno Forum Ekonomi Antarabangsa Saint Petersburg (SPIEF) di Russia. - AFP   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Vladimir Putin mengecam dan menyifatkan sekatan Barat terhadap Russia akibat pencerobohan di Ukraine, adalah tidak masuk akal dan tidak bertimbang rasa.

Memetik laporan BBC, Putin menegaskan `serangan ekonomi’ dikenakan ke atas Russia sememangnya tidak mempunyai peluang untuk berjaya sejak awal lagi.

Malah, katanya, sekatan itu sebenarnya `lebih memudaratkan’ kepada negara yang mengenakannya.

Putin berkata demikian dalam Forum Ekonomi Antarabangsa Saintt Petersburg (SPIEF) di Russia. 

Negara-negara Barat ketika ini sedang berusaha mencapai keseimbangan antara menghukum Russia dan melindungi ekonomi mereka.

Dalam pada itu, Putin mendakwa Kesatuan Eropah (EU) dijangka  mengalami kerugian lebih AS$400 bilion (RM1.76 trilion) disebabkan tindakan mengenakan sekatan ke atas Russia.

Menurut beliau, kadar inflasi semakin meningkat di 27 anggota blok EU itu dan kepentingan sebenar rakyat Eropah telah diketepikan.

Sementara itu, Gabenor Bank Pusat Russia, Elvira Nabiullina memberi amaran ekonomi negara itu terkesan secara serius akibat sekatan tersebut.

Katanya, sebanyak 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diancam oleh tindak balas antarabangsa.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN