Bangkai Sammy B ditemukan 6,888 meter di dasar laut

Sammy B ditemukan 6,888 meter di dasar laut

BANGKAI kapal pemusnah tentera Amerika Syarikat, Sammy B ditemukan selepas karam pada Oktober 1944. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Sebuah bangkai kapal pemusnah milik tentera Amerika Syarikat (AS) semasa Perang Dunia Kedua ditemukan pada kedalaman 6,888 meter di dasar laut, sekali gus menjadi bangkai kapal paling dalam pernah ditemukan di dunia.

Bangkai kapal pemusnah USS Destroyer Escort Samuel B. Roberts (DE-413) atau dikenali sebagai Sammy B dikesan di kawasan laut di Filipina, baru-baru ini.

Kapal itu dipercayai tenggelam ketika bertempur di lautan pada Oktober 1944 selepas dibedil tentera Jepun.

Terdapat seramai 224 anak kapal menaiki Sammy, namun 89 daripadanya terbunuh apabila ia karam dan selebihnya terapung selama lebih 50 jam sebelum diselamatkan.

Sejak itu, bangkai kapal tersebut tidak pernah ditemukan sehingga seorang bilionair Texas, Victor Vescovo yang memiliki kapal selam laut dalam berusaha melakukan pencarian.

Menerusi Twitter, Vescovo berkongsi gambar bangkai kapal itu di dasar laut.

“Hampir keseluruhan bangkai kapal itu masih ada,” katanya seperti yang dilaporkan Daily Mail.

Vescovo memaklumkan, kapal selamnya melakukan enam kali selaman sebelum berjaya menemukan Sammy B.

Beliau dan pasukannya menemukan sejumlah serpihan sebelum menjumpai keseluruhan badan bangkai kapal berkenaan.

“Pada mulanya kami tidak yakin dapat menemukan Sammy, namun siapa sangka usaha kami membuahkan hasil.

“Kini, para saintis boleh memeriksa bangkai kapal itu untuk tujuan penyelidikan, selain ia menjadi artifak bersejarah yang amat berharga,” ujar Vescovo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN