Russia serang Kyiv semula guna peluru berpandu - Utusan Malaysia

Russia serang Kyiv semula guna peluru berpandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Tentera Russia kembali menyerang ibu negara Ukraine dengan melancarkan peluru berpandu, dalam tempoh lebih sebulan.

Pihak berkuasa Ukraine pula mendakwa pihaknya melakukan serangan balas di medan perang utama di timur negara itu sehingga berjaya merampas semula separuh bandar Sievierodonetsk.

Kepulan asap hitam tebal dapat dilihat dari jarak jauh ibu negara Ukraine itu, selepas serangan ke atas dua daerah terpencil Kyiv.

Ukraine mendakwa serangan itu mengenai kerja-kerja pembaikan kereta api, manakala Moscow pula menegaskan berjaya memusnahkan kereta kebal yang dihantar oleh negara Eropah Timur.

Sekurang-kurangnya seorang mangsa dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dilaporkan.

“Kremlin melancarkan serangan baharu yang berbahaya.

“Serangan peluru berpandu di Kyiv dilihat hanya mempunyai satu matlamat iaitu membunuh lebih ramai orang,” kata penasihat kepada presiden Ukraine, Mikhailo Podolyak.

Ukraine berkata, Russia melakukan serangan itu menggunakan peluru berpandu jarak jauh yang dilancarkan dari pesawat pengebom sehingga ke Laut Caspian.

Pengendali tenaga nuklear Ukraine memaklumkan peluru berpandu Russia terbang pada altitud rendah di atas loji kuasa nuklear kedua terbesar negara itu.

Serangan terbaharu itu merupakan serangan besar yang pertama ke atas Kyiv sejak akhir April lalu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya