Russia ketepi Arab Saudi jadi pembekal utama minyak mentah China

Russia ketepi Arab Saudi jadi pembekal utama minyak mentah China

PETUGAS melakukan pemeriksaan bekalan minyak mentah di pelabuhan Qingdao di wilayah Shandong, China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Bekalan minyak mentah yang diimport oleh China dari Russia dilaporkan melonjak 55 peratus berbanding tahun sebelum ini, sekali gus mengetepikan Arab Saudi sebagai pembekal utama.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Awam Kastam China, bekalan minyak yang diimport dari Russia, termasuk melalui saluran gas Lautan Pasifik Siberia Timur dan penghantaran laut dari pelabuhan Eropah dan Timur Jauh Russia berjumlah hampir 8.42 tan.

Jumlah itu bersamaan 1.98 juta tong minyak sehari dan meningkat satu per empat dari 1.59 juta tong pada April lalu.

Sejumlah syarikat minyak China kini meningkatkan pembelian minyak dari Russia susulan tawaran harga yang disifatkan ‘menarik’ selepas banyak pihak menarik diri berikutan sekatan yang dikenakan terhadap negara itu.

Arab Saudi menjadi pembekal kedua terbesar bagi China dengan volum Mei meningkat sembilan peratus pada tahun ini dengan 7.82 tan tong minyak.

Jumlah itu menurun 2.17 juta tong minyak pada April lalu.

Russia ‘merampas’ semula kedudukan sebagai pembekal utama minyak mentah China dalam tempoh 19 bulan.

Selain itu, negara ini turut mengimport 260,000 tan minyak mentah dari Iran pada bulan lalu dan merupakan penghantaran kali ketiga sejak Disember lepas.

China merupakan pengimport minyak mentah terbesar dunia. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya