Ribuan umat Islam lancar protes bantah hina Nabi Muhammad - Utusan Malaysia

Ribuan umat Islam lancar protes bantah hina Nabi Muhammad

AKTIVIS parti Tehreek-e-Labbaik berarak semasa protes membantah kenyataan menghina Nabi Muhammad di Rawalpindi, Pakistan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Ribuan umat Islam di India, Bangladesh dan Pakistan berhimpun di seluruh negara Asia Selatan itu susulan kenyataan berbentuk penghinaan dibuat oleh pegawai dari parti pemerintah republik itu mengenai Nabi Muhammad SAW.

Tindakan bekas pegawai parti Bharatiya Janata (BJP), Nupur Sharma mencetuskan ketegangan diplomatik terhadap kerajaan India.

Memetik laporan Al Jazeera, protes berlaku di beberapa bandar di India termasuk di New Delhi ketika umat Islam berarak sambil membawa sepanduk dan melaungkan slogan bantah kerajaan serta gesa Sharma ditahan segera, selepas solat Jumaat. 

Di New Delhi, sejumlah besar penduduk berkumpul di luar Masjid Jama di ibu kota lama dan melaungkan slogan menentang kerajaan parti BJP.

Protes serupa turut berlaku di beberapa negeri lain di India termasuk Benggala Barat dan Telangana.  

Dalam pada itu, AFP melaporkan sekurang-kurangnya dua terbunuh dan polis bertindak menahan lebih 130 lagi ketika demonstrasi itu berlangsung di bandar Ranchi.

“Polis terpaksa melepaskan tembakan untuk menyuraikan orang ramai sehingga mengakibatkan dua maut,” kata polis.   

Di Bangladesh, ribuan orang melakukan demonstrasi di luar masjid Baitul Mukarram sambil melaungkan slogan seperti `boikot produk India’ dan `gantung individu hina Nabi’ selepas solat Jumaat.

Perarakan kecil membantah kenyataan jurucakap rasmi dari parti BJP mengenai Nabi juga dilaporkan berlaku di beberapa bahagian lain di Dhaka.           

Di Pakistan pula, ribuan umat Islam mengadakan demonstrasi dan dilaporkan bertembung seketika dengan polis di Islamabad.

Mereka menggesa negara-negara Islam lain memutuskan hubungan diplomatik dengan New Delhi disebabkan kenyataan berbaur penghinaan itu.

“Pertembungan antara ahli parti Jamaat-e-Islami Pakistan dan polis meletus selepas mereka cuba berarak menuju ke kedutaan India di Islamabad namun dihalang polis.

Di bandar Karachi, puluhan orang turun ke jalanan, menuntut kerajaan menutup Suruhanjaya Tinggi India dan memboikot produk India.       

Dilaporkan, mereka juga membakar bendera kebangsaan India dan gambar Perdana Menteri, Narendra Modi dan Sharma. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN