Remaja 12 tahun rompak stesen minyak guna pistol - Utusan Malaysia

Remaja 12 tahun rompak stesen minyak guna pistol

TANGKAP layar rakaman video menunjukkan suspek mengacukan pistol ke arah juruwang sebelum menuntut pekerja itu menyerahkan duit. - WOODTV8
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANSING: Seorang remaja lelaki berusia 12 tahun dilaporkan merompak sebuah stesen minyak dengan menggunakan senjata api di Michigan, Amerika Syarikat (AS).

Lapor Daily Mail, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan remaja itu sedang berdiri menunggu dalam barisan di kaunter juruwang sambil menggalas sebuah beg hitam.

Apabila gilirannya sampai, remaja itu terus mengeluarkan sepucuk pistol kaliber peluru 9mm dari begnya dan mengacukan kepada juruwang sambil menuntut menyerahkan wang.

Suspek meminta juruwang memasukkan wang tersebut ke dalam beg hitamnya.

Namun, juruwang itu seolah-olah tidak percaya dengan permintaan suspek, lalu bertanya kepada remaja itu sama ada dia serius mahu merompak.

Suspek kemudian mengacukan pistol ke arah siling stesen minyak dan melepaskan satu tembakan.

Juruwang berkenaan tersentak dengan tindakan remaja itu lalu mengeluarkan bungkusan berisi wang dari peti besi.

Dia menyerahkan wang tersebut dan mengarahkan remaja itu keluar dari premis berkenaan.

Suspek dengan tenang berjalan keluar seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Bagaimanapun, remaja itu berjaya ditahan polis beberapa jam kemudian.

Ketua Polis Hartford, Tressa Beltran berkata, suspek didakwa atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata, serangan dengan senjata berbahaya dan melepaskan tembakan.

Katanya, polis menerima maklumat remaja itu pernah memberitahu rakannya di sekolah mengenai rancangan untuk melakukan rompakan bersenjata, sebelum mengambil pistol datuknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN