Polis rampas lebih 800kg kokain dalam kotak pisang - Utusan Malaysia

Polis rampas lebih 800kg kokain dalam kotak pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRAGUE: Polis Republik Czech berjaya merampas sebanyak 840 kilogram (kg) dadah jenis kokain yang disimpan di dalam kotak mengandungi pisang di pasar raya.

Polis menerima maklumat daripada pekerja pasar raya di bandar Jicin dan Rychnov nad Kneznou yang menemukan sejumlah bungkusan kokain di dalam kotak berkenaan.

Menurut polis, mereka turut menggeledah tempat lain termasuk lokasi terakhir kotak itu sebelum penghantaran dibuat.

Stesen televisyen awam Czech melaporkan, kotak tersebut dihantar dari Colombia.

“Setakat ini, polis merampas 840kg kokain di semua tempat yang mereka geledah.

“Dalam pengedaran terakhir, pada harga 3,000 koruna (RM562.29) bagi segram, peniaga akan memperoleh lebih dua bilion koruna (RM37.4 juta) daripada hasil pengangkutan itu,” jelas polis menerusi Twitter.

Polis berkata, pasukan khas melancarkan siasatan dan akan mendapatkan bantuan antarabangsa untuk menangani kegiatan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya